Latihan Lari Bersama Perantis
Agak lama jugak le aku tak lari sejak akhir-akhir ni. Kalau tak silap aku, mau 3 minggu aku cipta alasan tersendiri seperti: Baru lepas hujan, jalan basah boleh tergelincir Badan letih sebab baru balik kerja Cuaca panas, tak elok sebab boleh dehydrate cepat Badan tak sihat Dalam empat senarai yang aku berikan tadi, hanya satu sahaja yang sebenarnya boleh pakai - Badan tak sihat. Dalam sebulan dua ni, Putrajaya kerap hujan dan cuaca juga agak panas. Dalam seminggu badan aku tak berapa sihat. Tak lama lepas tu aku sakit tekak, selsema, batuk dan terus demam. Lepas baik demam dalam sehari, esoknya demam balik. Kahak jangan cakaplah... Lagipun tayar basikal aku baru sahaja koyak Isnin lepas ketika berbasikal bersama Team Tri-Paku ke LCCT, Sepang. Aku terpaksa pulang menaiki teksi akibat koyak pada tayar agak serius dan perlu ditukar dengan yang baru. Tri-Paku ketika berbasikal ke LCCT, Sepang. Ketika ini, aku sudah pun pulang menaiki teksi. *Gambar hak milik Mosy...