Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel charity ride

Rodalink

Imej
Aku tak pasti samada aku pernah bercerita tentang hubung kait aktiviti berbasikal aku dengan kedai basikal Rodalink dalam blog ini. Nama Rodalink ini ada sentimental value dalam kisah hidup berbasikal aku. Aku masih ingat lagi penghujung tahun 2010 sekitar bulan Oktober. Aku baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut akibat ber jogging . Sebulan jugak le aku berehat tanpa apa-apa ada aktiviti sukan. Waktu itu aku memang langsung tidak ada apa-apa pengetahuan tentang dunia kecerdasan. Penjagaan makan pun tak ada. Segala-galanya zero. Objektif aku ketika itu hanyalah hendak menurunkan berat badan dan dalam pada masa yang sama ada sedikit kecergasan fizikal. Itu sahaja. Rodalink Putrajaya ketika pembukaan rasmi pada 2010. Pada suatu pagi hari Sabtu, aku jogging  seperti biasa berlari keliling Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bukitnya bersepah. Bukan jauh pun, tapi letihnya ya rabbi. Dengan berat badan 71 kg dan lari naik turun bukit memang sengaja cari ...