Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cateye micro wireless

Senjata Hitam Putih - Scott Addict R3 Model 2010

Imej
Pos kali ini, aku mahu memperkenalkan senjata aku yang berwarna hitam & putih secara lebih dekat lagi dengan para pembaca blog BrekKejap.com. Aku akan terangkan seperinci mungkin agar anda boleh jadikan panduan untuk membeli basikal yang penuh perisa karbonat pada tahun 2012 yang bakal menjelang tiba. Inilah basikal aku: Scott Addict R3 Model 2010. Nadi paling utamanya adalah bingkai basikal itu sendiri - iaitu jenama Scott  model Addict R3 yang dikeluarkan pada tahun 2010. Bingkai ini aku beli 2nd hand  dengan harga RM4000. Kalau baru, harganya RM7800. Tapi, model ini sudah pun diberhentikan pengeluarannya dan digantikan dengan model Foil yang bingkainya berbentuk aero dan semestinya lagi gempak daripada model basikal aku. Tahap kecantikannya jugak setaraf Catherine Zeta Jones di awal umur 20-an! Ok, lupakan tentang Catherine Zeta Jones dan kembali kepada cerita basikal aku - Bingkainya berkarbon penuh dengan berat hanya 890 gram...