Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bukit limau manis

Aku Jatuh Basikal

Imej
Sepanjang aku kayuh basikal, ini adalah kali ke-dua aku jatuh dengan kelajuan yang tidak munasabah — 5 km/j je. Gaya jatuhnya sama je. Dan paling ajaib, dua-duanya adalah di selekoh simpang jalan. Cuma lokasinya sahaja berlainan. Keadaannya aku jatuh pun sungguh tidak macho keadaannya. Langsung tidak sama seperti dalam filem Hollywood di mana keadaannya jauh lebih dramatik dan penuh aksi. Sebaliknya aku? Ah... Takpe, kronologinya kemudian aku cerita... Muka-muka orang lama Putrajaya Night Ride yang usianya semakin bertambah. Idea kayuhan sejauh hampir 60 km ini adalah idea salah seorang rakan Putrajaya Night Ride (PNR) iaitu Norman. Ini adalah kayuhan sempena Reunion PNR yang rata-ratanya sudah lama berhenti daripada kayuhan. Idea asalnya adalah mahu ke KLIA. Memandangkan ramai di antara kami (termasuk aku) sudah lama tidak kayuh jauh, idea tersebut terpaksa dibatalkan. Aku pun sebenarnya tidak tahu berapa ramai yang akan menyertai kayuhan pagi tersebut. Sebaik sahaja be...

Kayuhan di Pagi Ahad: Misi Mendaki Bukit Limau Manis, Kajang

Imej
Aktiviti sebagai penutup hujung minggu bagi bulan Oktober dimulakan dengan kayuhan kesihatan yang bermula dari: Presint Diplomatik, Putrajaya > Dengkil > Kota Warisan, Salak Tinggi > De Palma Inn, Sepang > Kampung Limau Manis, Kajang > Presint Diplomatik, Putrajaya. Jam 7:18 pagi sekitar Putrajaya. Sedang menaiki kereta menuju Presint Diplomatik. Tepat Jam 7:45 pagi, kami yang terdiri daripada wakil setiap daerah Wilayah Persekutuan dan Selangor seramai 6 orang mula bergerak keluar daripada Putrajaya menuju ke Dengkil dengan kayuhan cadence . Presint Diplomatik - Sebelum mulakan kayuhan, ambik gambar dulu. Karang masa kayuh memang takkan dapat ambik gambar. Sepanjang laluan daerah Dengkil, kadar kelajuan secara puratanya 38 - 45 km/j. Sekali-sekala terlajak jugak 50 km/j. Tapi, kena kawal sedikit kelajuan sebab perjalanan jauh lagi. Lagipun ada beberapa bukit yang sedang menanti di penghujung kayuhan. Kayuhan diteruskan hingga ke Salak Tinggi, Sepang unt...