Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bonk

Kejadian-kejadian Pelik Pada Dua Minggu Lepas

Imej
Minggu lepas sebenarnya banyak kejadian aneh terjadi. Cuma aku tak sempat nak kemaskini blog aku ini. Aku sebenarnya terlalu fokus bervlog dan bekerja keras untuk memajukan isi kandungan channel YouTube aku. Sekiranya anda masih belum subscribe channel Youtube aku, sila klik di bawah ini sambil menonton video-videonya: Hari ini aku mengambil kesempatan di pagi-pagi buta ini untuk bercerita dengan korang melalui blog ini. Kejadian Pelik Pertama Pada 23 Mac 2019 bulan lepas, kayuhan pagi Ahad itu aku disajikan oleh seorang rakan lama dengan basikal barunya. Lebih menarik lagi beliau sudah berhenti kayuh hampir 4 tahun dan mengambil keputusan berani untuk kembali berjuang dengan basikal barunya. Seperti aku juga sebelum ini, kayuhan pertama setelah bercuti panjang amat memeritkan. Sama peritnya putus cinta dengan Selena Gomez. Satu badan seolah-olah sengaja berpakat mahu pedajal aku. Seluruh deria rasa bergabung menjadi satu iaitu hanya deria kesakitan sahaja berfungsi. ...