Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blog

Aku Kembali Menulis... Azam Baru 2020!

Imej
Sejak ada channel sendiri kat Youtube ( klik sini ), blog ajaib serbaneka ini seolah-olah dilupakan begitu sahaja. Kalau blog ini bernyawa macam kita, sudah tentu siang malam beliau maki aku seadanya. Aku minta maaf sebab sudah jarang sekali kemaskini blog ini. Bukannya apa, nak dapatkan momentum untuk berblog semula agak payah. Bayangkan bila masa terluang, aku akan kayuh basikal. Dalam masa yang sama juga aku akan merekod sepanjang aktiviti. Selepas itu aku akan meluangkan masa berjam-jam untuk mengedit video dengan menggunakan telefon aku. Selepas siap mengedit video pula, aku akan memuat naik ke akaun YouTube untuk ditonton oleh para subscribers  Pahlawan Basikal. Bukan setakat upload sahaja. Sudah pasti aku kena memikirkan tajuk-tajuk yang menarik, mengarang di bahagian discription serta beberapa ruangan wajib untuk diisi dalam akaun tersebut. Semua ini mengambil masa yang agak lama untuk aku sediakan; sebelum ianya besedia untuk ditonton oleh orang ramai. Aku bukan me...

Kenapa aku BLOG dan VLOG?

Imej
Aku pernah bercerita tentang kenapa aku kayuh basikal pada beberapa bulan lalu. Hari ini aku menulis pula tentang kenapa aku menulis blog dan vlog (video log). Walaupun aku ada merakam topik ini dalam bentuk video dan dimuatnaik ke dalam channel Youtube Pahlawan Basikal , tetapi aku rasakan ada baiknya aku olahkan semula ke dalam bentuk tulisan. Jadi, audiens mempunyai pilihan samada mahu menonton video atau mahu membaca sahaja. Boleh pilih mana satu yang sesuai dengan kehendak semasa. Sekiranya mahu menonton, sila mainkan video aku di bawah ini: Kepada yang mahu membaca, boleh teruskan dengan cerita di bawah ini. Baiklah, mengapa aku sibuk-sibuk menulis dan merakam segala aktiviti berkaitan basikal? Seperti dalam video yang aku muatnaik tempoh hari, aku buat dua perkara ini kerana: Minat Aku minat dengan penulisan. Dalam masa yang sama juga video pun aku minat juga. Ini mungkin kerana aku bekerja dalam bidang kreatif, maka dua benda ini saling berkait rapat antara satu...