Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bike touring

UNTOLD STORY: Dari KKB ke Cameron Highlands

Imej
Aku ke Cameron Highlands pada hari Jumaat 24hb Januari 2020 minggu lepas. Hari ini hari Jumaat 31hb Januari dan seminggu sudah pun berlalu. Pantas betul masa berjalan. Kepada yang masih belum menonton vlog aku ke Cameron Highlands, jemputlah tonton video di bawah ini: Ini adalah pengalaman pertama aku bike packing . Walau pun tidaklah jauh macam kayuh ke bulan, tapi sudah cukup memberi aku sedikit pengalaman dan pengajaran sepanjang tempoh tersebut. Untuk pengetahuan korang, ini adalah menu kayuhan Norman; dan diikuti pula oleh Jaja atau lebih dikenali sebagai Kak Pah (isteri kesayangan Norman), YB Aziaan, Zul, Zack dan juga Huda. Berat keseluruhan: 8.6kg + 3.2kg = 11.8kg . Sebelum ini Norman, Jaja dan YB Aziaan agak kerap jugak bike packing . Seperti pada tahun lepas sahaja mereka ini bersama-sama rakan lain kayuh basikal dari Kajang ke Danok dan mereka juga ke Krabi. Cuma aku sahaja tidak mempunyai lesen besar cuti lama-lama untuk ikut serta kayuh bersama merek...