Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berlakon

Eh, Mana Azizulhasni Awang?

Imej
Pada 3 hari lepas iaitu 26hb Februari 2012, aku berpeluang menjadi pelakon tambahan yang khabarnya untuk siri dokumentari Astro Discovery Channel tentang Azizulhasni Awang. Pada awalnya, aku menolak pelawaan salah seorang ahli Tri Paku iaitu Awe. Tapi, bila dengarnya ramai jugak geng Tri Paku pun turut serta jadi pelakon tambahan, aku pun tak nak le lepaskan peluang ni. Segala persiapan sangat rapi dan sudah tersedia pada malam sebelumnya. Aku keluar rumah awal dan hari masih gelap lagi. Janji dengan Mawi kat jalan keluar Putrajaya jam 6:45 pagi. Khabarnya jugak, hanya 7 orang sahaja diperlukan sebagai pelakon tambahan dan setiap seorang dibayar RM100. Yang menjadi kepalanya pula adalah Shah dan kami semua hanya mengikut telunjuknya sahaja. Aku tak ambik port sangat bab RM100 tu. Janji aku dapat masuk TV. Seumur hidup aku, tak pernah merasa masuk TV. Jangankan kelibat, bunyi batuk aku pun tak pernah sama sekali. Pengambaran dilakukan di Batu 18, Hulu Langat. Jadi, kes...