Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel batu 9

Kayuhan Nafsu ke Hulu Langat

Imej
Aku namakan kayuhan Ahad semalam adalah Kayuhan Nafsu. Ini kerana seminggu tak kayuh basikal yang disebabkan hujan rahmat setiap malam di sekitar Putrajaya. Aku sebenarnya hanya mengikut Jami Centre Team (Aku namakan kumpulan ni sempena nama kedai basikal Jami). Aku pun tak tau pun sebenarnya ke mana arahnya kayuhan kali ini. Tapi yang pasti kayuhan kali ini berkemungkinan besar sejauh 80 km - Memandangkan jumlah yang menyertai kayuhan kali ini dalam lingkungan 20 orang. Aku bersama Iskandar di hadapan kedai basikal Jami Centre, yang terletak di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang.  Sudah bersedia untuk melancarkan senjata masing-masing. Kayuhan bermula jam 7.30 pagi. Laluannya pula melewati Kajang - Semenyih - Hulu Langat - Perez (sempadan Jelebu, Negeri Sembilan) - Batu 9, Cheras - Kajang. Secara puratanya, kelajuan dalam sekitar 27 km/j: Pada aku, ada beberapa bukit yang agak mencabar iaitu sekitar empangan di Jalan Sungai Lalang dan Perez. Laluan melalui em...