Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel basikal

Edisi Mini Powerman di Hari Merdeka

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 kepada para pembaca blog Pahlawan Basikal yang bertaraf Pemastautin Tetap (PR) dan masih belum hilang taraf kewarganegaraannya. Anak-anak yang Merdeka. Di pagi Merdeka ini, seawal 5:15 pagi aku sudah bangun dari tidur untuk menjalankan misi Mini Powerman secara solo sekitar Putrajaya. Oh ye, aku dah pun daftar Powerman kategori Individu pada 31 Julai lepas: Aku ambik kategori Individual . Ini adalah latihan Powerman yang pertama aku sejak bercuti selama dua bulan daripada melakukan apa-apa aktiviti sukan. Sepanjang masa bercuti tersebut, tiada basikal, lari dan berenang. Ini kerana aku memberi 100% perhatian ke atas anak aku, Danial yang aku pernah ceritakan di sini . Seperti yang tersedia maklum, episod Powerman kali ini akan diadakan di Presint 3, Putrajaya pada 4 November 2012. Dan, disebabkan itulah aku membatalkan percutian aku ke Korea pada 1 - 5 November akan datang. Atas tindakan aku ini, aku kehilangan...