Hari Pertama di Kota Bangkok
Dalam bulan September ni, aku rasa sibuknya dah serupa Menteri Luar yang berkhidmat di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra. Dengan jemputan-jemputan rumah terbuka, aktiviti riadah berbasikal dan larian, serta lawatan diplomatik ke Bangkok, Thailand selama 4 hari 3 malam. Jerebu yang agak teruk juga satu hal - Sakit tekak, selsema, batuk dan demam terjadi serentak. Seminggu jugaklah aku tak dapat nak kayuh basikal dan berlari. Dalam tak berapa sihat tu jugak aku ke Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh syarikat aku kerja pada 15 September 2011 lalu. Kalau tak silap aku, seramai 80 orang jugaklah turut serta lawatan diplomatik ni; Dan, kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan sepejabat aku dan pasangan masing-masing. KLIA - Sedang menunggu bording pass di kaunter bagasi. Bording Pass ke Bangkok, Thailand. EgyptAir - Di dalam kapal terbang orang Mesir. Tepat jam 10.40 malam, EgyptAir pun berlepas dan tiba di Suvarnabhumi Airport, Bangkok pada jam 11.30 malam waktu Ba...