Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bagan lalang

Kemalangan Maut sewaktu ke Bagan Lalang. Akibatnya, 3 Tiub Bocor!

Imej
Kita sudah di penghujung bulan April. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan. Memang cepat sungguh masa berlalu. Sebelum datangnya Ramadan, aku akan cuba mendapatkan cerita-cerita menarik untuk dimuatkan ke dalam channel YouTube aku. Jadi aku akan sertai apa jua kayuhan, janji ada footages yang menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Oleh sebab itu aku pun dengan eksyennya turut serta kayuhan ke Bagan Lalang semalam. Itulah... Walau pun aku kerap bonk , perasaan eksyen ni sukar untuk dibuang jauh-jauh. Aku bersembang polis trafik sekejap. Tiba-tiba ada seorang Pahlawan Basikal menegur aku kat situ. Seperti biasa kami akan berkumpul di Presint Diplomatik. Cuma sejak akhir-akhir ini lokasi di dalam Presint Diplomatik kerap berubah-ubah. Sewaktu aku berbual dengan polis trafik yang sedang bertugas di persimpangan lampu isyarat, aku disapa oleh YB Azian. "Farizal!" tempik seseorang dari dalam kereta di simpang lampu isyarat di situ. Aku agak...

Jantung Aku 'Overheated' ke Bagan Lalang

Imej
Sudah 3 bulan lebih aku pakai Ridley Noah. Setakat ini aku takde hendak komplen apa-apa; melainkan beratnya sahaja. Aku tahu penyumbang terbesar beratnya adalah parts yang lain-lain seperti wheelsets , handlebar , stem dan juga pedals . Bingkai utamanya memang okey, takde masalah. Oleh sebab itu aku bukan main berani hendak turut serta mereka yang bergelar Pahlawan Basikal dari permukiman yang berbeza ke Bagan Lalang, Sepang. Aku tahu risikonya, tapi nak buat macam mana... Sampai bila aku nak kayuh 60 kilometer je? Oleh sebab itulah aku mahu turut serta mereka — walau pun suatu masa dahulu aku nyaris-nyaris dilucutkan pangkat sebagai Pahlawan Basikal. (...sebenarnya aku telah bermimpi seorang tua bongkok tiga memberi kata putus samada aku mahu meneruskan hobi berbasikal seperti dahulu ataupun tidak. Jika aku berkeras untuk berkata tidak, maka title 'Pahlawan Basikal' akan dilucutkan serta merta.) Sebab itulah esok pagi aku terus ke Kedai Basikal Orbit Cycle yang t...

Kayuhan Bagan Lalang Edisi "Tanpa Had Kelajuan"

Imej
Dalam jarak waktu yang terdekat ini, sudah dua kali kayuhan menghala ke Bagan Lalang dilakukan; iaitu pada 27hb November pada minggu lepas dan juga yang terbaru pada hari semalam iaitu 4hb December. Kayuhan pada minggu lepas bersama Kumpulan Sri Petaling seramai 13 orang ke Bagan Lalang bermula dari Taman Seri Empangan, Putrajaya yang jauhnya hanya 106 km dengan kelajuan purata 28.5 km/j selama 3j : 44m : 17s. Bagan Lalang - Bersama Kumpulan Sri Petaling. Kayuhan terkini ke Bagan Lalang bersama Kumpulan Jami Bike Centre seramai 16 orang iaitu semalam bermula daripada Taman Koperasi Cuepacs, Kajang yang mengambil masa 4j : 9m : 10s sejauh 121.19 km dengan kelajuan puratanya 29.2 km/j. Jami Bike Centre - Inilah tokei kedai basikal Jami Bike Centre yang terletak di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang. *Gambar hak milik Fadzil Seperti biasa, kalau kayuh dengan kumpulan ini bermakna tema Sky Team serta Pinarello Dogma masing-masing akan mendominasi sepanjang kayuhan berlangsu...

Kayuhan daripada Putrajaya ke Bagan Lalang

Imej
Hari ahad pada 6 Mac 2011 lepas, kayuhan sejauh 114 km daripada Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya melalui kampung Limau Manis, Sepang. Kesemuanya yang turut serta adalah seramai 12 orang. Oh ye, sorang Jurufoto/Juruvideo/Marshal iaitu Eddie menjadi peneman sehingga kayuhan tamat. Sedang keluar daripada Putrajaya dan menuju ke Bagan Lalang. Bertolak pukul 7.45 pagi dan tiba di Bagan Lalang pukul 9.30 pagi. Secara puratanya, kelajuan mencecah 40 - 60 km/j. Aku hanya mengikut rentak diorang. Kalau diorang laju, aku pun laju lah. Kalau perlahan, maka perlahan lah aku kayuh. Tengok basikal diorang, sungguh iri hati! Berenti rehat. 7 orang menambil keputusan untuk patah balik ke Putrajaya kerana ada yang perlu bekerja pada hari itu. 5 orang meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang - termasuk aku. Sampai jugak Bagan Lalang. Nampak je laut, terus hilang penat. Kami berhenti rehat selama 1 jam 15 minit sambil pekena 100 Plus, air kelapa dan segala jenis a...