Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel atm triathlon 2011

Temuramah: Triathlete Muda yang Serius

Imej
Pahlawan Basikal: Assalamualaikum Fariz. Lama tak nampak kau kayuh sekarang. Ada " secret training" ke? Fariz Atraz: Waalaikumussalam. Tak ada lah! Aku tengah sibuk dengan jemputan kenduri kahwin. Maklumlah, cuti sekolah lah katakan. Ni pun kejap lagi ada lagi jemputan kenduri kahwin. Pahlawan Basikal: Oklah Fariz, kita mulakan sesi temuduga terbuka kita ni sebelum kau pergi kenduri kahwin kejap lagi. Fariz Atraz: Okey. Pahlawan Basikal: Boleh kau ceritakan tentang siapakah kau dan apa matlamat kau dalam bidang yang diceburi sekarang ini? Fariz Atraz: Okey, nama aku Fariz Atraz Fauzi dan berumur 21 tahun. Aku terjebak dengan bidang sukan Triathlon ni sejak berumur 17 tahun. Ketika itu, aku lebih kepada sebagai perenang relay Kumpulan Maktab Tentera. Setahun selepas itu pula, aku mula melakukan sukan Triathlon secara individu. Fariz Atraz, ketika latihan. Triathlon adalah sukan yang aku paling minati. Sebabnya, tak semua orang mampu berenang, berbasikal da...