Gementar Berhadapan dengan Tiga Lejen Pagi di Sinar FM
Assalamualaikum, Salam 1Basikal dan Selamat Pagi. Pos kali ini aku cuma nak bercerita tentang aku dijemput sebagai tetamu ke radio Sinar FM pada 30 September 2020; iaitu semalam pagi. Terus terang aku langsung tak jangka benda ini berlaku dan benda inilah aku takut sejak dari dulu lagi. Dan, aku dah bersiap-siaga sejak dari sekolah lagi untuk menolak kalau-kalau ada mana-mana stesen komunikasi panggil aku untuk temuramah. Sekeping ni je yang aku ada. Itu pun masa aku sorang-sorang kat lobby . Masa aku baru mula nak beramah-mesra dengan channel Youtube, pernah juga aku berangan. Walau pun aku fikir sangatlah mustahil benda ini terjadi — dijemput oleh stesen penyiaran untuk temubual. Aku paling takut kalau kena bersoal-jawab di hadapan orang ramai. Aku cukup tak selesa bila banyak mata memandang aku. Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang takut betul benda ini. Bila bercerita aku lupa yang aku tengah gementar. Habis cerita, gementar datang balik. Cis! Takut, tak selesa, tiba-tiba rasa na...