Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jersi

MESEJ TERSEMBUNYI JERSI PAHLAWAN BASIKAL

Imej
------------------- Sebelum korang baca, korang daftar sini dulu untuk senarai menunggu jersi Pahlawan Basikal:  https://bit.ly/37j76JL ------------------- Assalamualaikum dan Salam 1Basikal. Korang tengah kayuh basikal sambil baca blog aku ke? Jangan buat macam tu woooiii...! Nanti masuk Buletin Utama dan seterusnya kena kecam. Jangan main-main sekarang ni. Tu sebab alamat blog ni brekkejap.com. Kalau korang nak baca, kena brek dulu. Masa berhenti kayuh baru baca. Baiklah, sepertimana korang sedia maklum, jersi basikal Pahlawan Basikal akan dilancarkan pada esok hari Jumaat 18/12/2020. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kepada yang sudah sedia maklum, harap korang dapat sebarkan berita gembira ni kepada kenalan korang. Bahagian hadapan jersi Pahlawan Basikal. Kalau boleh, korang viralkan hingga ke bulan. Biar satu bima sakti tahu akan kewujudan jersi Pahlawan Basikal. Sebenarnya aku tak terfikir nak buat jersi. Aku buat tshirt Pahlawan Basikal bulan lepas pun d...

Apa Ada Dalam Poket Jersi Aku?

Imej
Kali terakhir aku kayuh basikal adalah pada Isnin minggu lepas. Sekarang ni dah lebih seminggu aku tak kayuh. Risau jugak kalau-kalau aku mula kayuh balik kaki aku akan kekejangan tahap 4. Kalau waktu kerja memang aku payah nak kayuh sebab aku akan sampai rumah lewat malam. Melainkan hari jumaat sebab esoknya cuti. Jadi semangat nak kayuhnya agak tinggi. Dalam waktu rehat sebegini, aku terfikir mahu membuat video untuk berkongsi tip-tip tentang basikal. Sebagai pembukanya aku buatkan satu video tentang perkongsian tips dan letakkannya di channel Youtube aku. Kepada yang berbasikal pasti terlintas di fikiran  —  apa yang ada dalam poket belakang teman-teman sekayuh kita waktu itu. Kepada yang tidak punyai basikal pula mungkin terfikir benda yang sama jugak. Kadangkala poketnya hingga terjojol punyalah dasyat  —  tak tahu apa benda yang dibawanya sekali waktu sedang kayuh basikal. Jadi, dengan inisiatif yang tidak seberapa ini aku pun dengan rajinnya buatlah sa...

Set Jersi NOGLB @ Pahlawan Basikal

Imej
Semalam hari Sabtu, kami berempat ke Ciclista Sdn Bhd yang terletak di TTDI Shah Alam — Hanya satu tujuan iaitu ingin merialisasikan jersi rasmi kami "Putrajaya Night Ride" edisi khas Pahlawan Basikal. Jersi Putrajaya Night Ride (NOGLB) edisi Pahlawan Basikal Kalau ada bajet lebih boleh beli bib sekali. Pada awal perancangan, hanya jersi sahaja. Tetapi, ada juga di antara kami semua mahukan bib sekali — Erti kata lain, mahu nampak Pro bila depan awek-awek sekitar Putrajaya. Jadi, kami berempat yang tercangak kat dalam kedai Ciclista pun mengambil keputusan alang-alang buat, biar buat sekali bib. Oh ye, konsep, warna dan idea hasil daripada perbincangan ramai melalui What's App Group . Dalam What's App Group ada 30 orang. Aku pulak ditugaskan mengolah ke dalam komputer idea-idea tersebut. Ini bos besar. Kalau dalam filem, hisap cerut. Kalau realiti sebenar, makan ais krim je. Sedang menjalankan tanggungjawab besar — Pilih kain. Isu pem...