Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2xu

Bro, Bila Lu Mau Update Blog Pahlawan Basikal?

Imej
Itulah soalan yang diajukan kepada aku ketika sedang mengayuh basikal. Aku pun cakap yang aku sedang sibuk dengan pelbagai perkara duniawi seperti menaiktaraf basikal, membeli-belah dan bercuti. Memang itu yang membantutkan aku untuk terus mengemaskinikan blog ini. 4 minggu lepas, aku balik kampung untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekampung dan bersembang di kedai mamak sampai 2:30 pagi tentang basikal. Salah seorang rakan aku tersebut baru sahaja membeli basikal 'road bike' jenama Polygon model Helios 500 dan memerlukan bantuan aku untuk mencari jersey, bib dan kasut di Putrajaya. Katanya, dia tak tahu benda-benda ni semua dan takut tersalah beli. Ketika di kampung, aku sempat membeli HTC One X dengan harga RM2050. Kecomelannya sama taraf Jessica Alba. Jadi, aku pun peruntukkan selama 3 jam daripada masa aku untuk mencari barang-barang tersebut di Rodalink Putrajaya. Kebetulan, Rodalink Putrajaya sedang cuba menghabiskan stok lama dengan harga yang mena...