Catatan

MAGENE T300 - Mesin ajaib 'smart trainer' yang harus dimiliki!

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1Basikal. Aku hampir terlupa yang aku ada blog. Asyik dengan Instagram dan Youtube buatkan aku terlupa tentang blog ini. Jadi, hari ni aku nak bercerita tentang smart trainer  yang aku beli pada bulan lepas. Ini smart trainer  pertama aku sepanjang aku kayuh basikal. Sebelum ini bukannya tak nak beli, cuma harganya mahal buatkan aku malas nak fikir. View this post on Instagram A post shared by Pahlawan Basikal™ (@pahlawanbasikal) Korang bayangkan, nak kayuh dalam rumah pun aku kena beli satu mesin yang harganya beribu. Rasa macam dunia ni dah tak betul. Bukan takde mesin yang ratus-ratus harganya yang dijual di Shopee. Ada je... Cuma jenis aku ni, kalau nak membeli, haruslah menang memakainya. Aku tak nak beli yang mana aku tengok pun langsung tak bersemangat. Itu akulah. Kalau korang, aku tak tahu. Sesetengah orang tak kisah, asalkan ada. Tapi aku bukan macam tu. Aku akan buat sasaran barang yang aku betul-betul nak, s...

Selamat Tahun Baru 2021 — Aku tak nak lewat dah!

Imej
Wahhhh, kita sudah berada di tahun 2021 lah! Pada aku, tahun 2020 terlalu cepat berlalu. Dan macam-macam kejadian terjadi sepanjang tahun 2020 kat dunia kita ni. Tapi itu tak kisahlah. Apa yang penting, aku nak ucapkan kat korang semua SELAMAT TAHUN BARU 2021! Terima kasih juga kerana berterusan menyokong aku hingga ke saat ini! Kalau nak difikirkan perkara-perkara negatif, banyak jugak nak diceritakan. Tapi, itu kita tolak ke tepi. Kita cuma fokus yang positif sahaja; okey?! Kat media sosial aku nampak ramai yang pos report card  aktiviti fitness masing-masing. Semuanya mantap-mantap! Ada yang tahap fitness- nya sampai ke bulan — mencanak-canak! Eh, aku pun nak juga turut sertalah... Walaupun taklah mantap, tapi nak jugak eksyen dengan korang semua. Ini je yang mampu. Tidaklah mantap macam yang lain-lain di luar sana. Tapi ini ajelah yang aku mampu luangkan masa kat atas basikal. Itu pun aku rasa libang-libu dibuatnya ha-ha! Bukan senang woi! Nak uruskan masa satu hal. Belum cerit...

MESEJ TERSEMBUNYI JERSI PAHLAWAN BASIKAL

Imej
------------------- Sebelum korang baca, korang daftar sini dulu untuk senarai menunggu jersi Pahlawan Basikal:  https://bit.ly/37j76JL ------------------- Assalamualaikum dan Salam 1Basikal. Korang tengah kayuh basikal sambil baca blog aku ke? Jangan buat macam tu woooiii...! Nanti masuk Buletin Utama dan seterusnya kena kecam. Jangan main-main sekarang ni. Tu sebab alamat blog ni brekkejap.com. Kalau korang nak baca, kena brek dulu. Masa berhenti kayuh baru baca. Baiklah, sepertimana korang sedia maklum, jersi basikal Pahlawan Basikal akan dilancarkan pada esok hari Jumaat 18/12/2020. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kepada yang sudah sedia maklum, harap korang dapat sebarkan berita gembira ni kepada kenalan korang. Bahagian hadapan jersi Pahlawan Basikal. Kalau boleh, korang viralkan hingga ke bulan. Biar satu bima sakti tahu akan kewujudan jersi Pahlawan Basikal. Sebenarnya aku tak terfikir nak buat jersi. Aku buat tshirt Pahlawan Basikal bulan lepas pun d...

Tshirt Pahlawan Basikal

Imej
Dah sebulan lebih aku rasa kita semua PKPB balik. Sepanjang PKPB aku tak kayuh dengan orang. Semuanya kayuh solo. Bukan tak nak. Cuma kena bersabar hingga PKPB habis. Lepas PKPB habis, barulah aku bebas nak kayuh dengan sesiapa pun. Aku pun dah sebulan jugaklah bekerja dari rumah. Walau pun bekerja dari rumah, aku masih tak dapat nak kayuh basikal hari-hari. Macam biasa aku cuma dapat kayuh basikal pada hujung minggu je. Oh ya, bulan lepas aku berjaya habiskan mengepos 50 helai tshirt Pahlawan Basikal edisi terhad. Aku langsung tak terfikir ada yang sudi membeli produk aku — walau pun kawan-kawan kat ofis aku cakap begini, "Silap-silap esok habis jual." Pandangan hadapan. Pandangan belakang. Bukan tak yakin boleh habis. Cuma aku tak sangka yang pra-tempah 50 helai tu habis kurang dari 24 jam. Dan, 50 helai tu aku ingatkan mungkin boleh habis selama 2 minggu. Jangkaan aku meleset. Sebaik aku buka pra-tempahan pada jam 3:25 petang di sini:  https://pahlawanbasikal.onpay.my/orde...

Gementar Berhadapan dengan Tiga Lejen Pagi di Sinar FM

Imej
Assalamualaikum, Salam 1Basikal dan Selamat Pagi. Pos kali ini aku cuma nak bercerita tentang aku dijemput sebagai tetamu ke radio Sinar FM pada 30 September 2020; iaitu semalam pagi. Terus terang aku langsung tak jangka benda ini berlaku dan benda inilah aku takut sejak dari dulu lagi. Dan, aku dah bersiap-siaga sejak dari sekolah lagi untuk menolak kalau-kalau ada mana-mana stesen komunikasi panggil aku untuk temuramah. Sekeping ni je yang aku ada. Itu pun masa aku sorang-sorang kat lobby . Masa aku baru mula nak beramah-mesra dengan channel Youtube, pernah juga aku berangan. Walau pun aku fikir sangatlah mustahil benda ini terjadi — dijemput oleh stesen penyiaran untuk temubual. Aku paling takut kalau kena bersoal-jawab di hadapan orang ramai. Aku cukup tak selesa bila banyak mata memandang aku. Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang takut betul benda ini. Bila bercerita aku lupa yang aku tengah gementar. Habis cerita, gementar datang balik. Cis! Takut, tak selesa, tiba-tiba rasa na...

Aku Sedang Mengembalikan Tahap Kecerdasan Semula

Imej
Alhamdulillah. Setelah 3 bulan terperap di rumah, akhirnya kita boleh melakukan aktiviti normal seperti sebelumnya. Kalau waktu PKP kita tak boleh nak kayuh basikal kat luar, hari ini kita dibolehkan berbuat demikian — kayuh sepuas-puasnya hingga melepasi daerah mahu pun negeri-negeri. Tapi perlu diingatkan kita masih di bawah takluk PKPP — jangan lalai atau terlalu selesa. Kita masih belum bebas ancaman COVID-19. Sepanjang PKP, aku cuma mampu vlogging dalam bilik je... Tapi, itulah... bila kita kayuh basikal ramai-ramai ni susah nak kawal. Bertepuk tampar segala bagai. Maka, penjarakan sosial memang tak adalah. Nak bersosial tapi penjarakan sosial, eh ini memar sukar. Aku sendiri pun pada awalnya cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari orang di sekeliling aku. Sudahnya dalam tak sedar bahu aku ini sudah ditepuk-tepuk berkali-kali sepanjang aktiviti berbasikal dengan kenalan-kenalan lain. Kita perlu jujur dengan diri kita sendiri dan mengakui yang penjarakan sosial memang sukar dilakuka...

Novel Sulung Aku: Krisis Foxtrot - Kontra

Imej
Semenjak COVID-19 melanda negara kita, aku memang langsung tak berbasikal. Paling terkini aku berbasikal adalah pada minggu lepas. Itu pun setelah hampir seminggu PKPB diumumkan. Barulah aku berani nak kayuh basikal secara solo. Tapi, pos kali ini aku bukanlah nak bercerita pasal COVID-19 atau basikal sangat. Aku cuma nak umumkan yang novel aku sudah pun dicetak. Sekiranya korang belum tahu, aku pernah menulis tentang ini di pos beberapa tahun lalu. Jemput baca: http://www.brekkejap.com/2016/12/susurmasa-2016-azam-azam-yang-terlaksana.html Cerita bertajuk KONTRA yang aku tulis pada 2016 sudah dicetak. Tapi cetakannya tak banyak dan hampir habis. Di kedai-kedai buku pula masih belum ada. Aku difahamkan selepas PKP ini tamat, barulah akan dicetak dalam kuantiti yang lebih besar untuk diletakkan di kedai-kedai buku. Masalahnya, bila isu COVID-19 dan PKP ini tamat, kita semua pun tak tahu. Selagi vaksin belum jumpa, kita kekal dengan gaya kehidupan yang macam sekarang ni lah. Nak pergi ker...